Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Bagi Pengantin Lelaki:
Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:
Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Tuliskan alamat pada kad undangan tetamu
Buatkan perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlangsung dalam suasana tenteram
Mengatur tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
Mengatur sesi pengambaran studio
Membeli hadiah kepada orang yang terlibat dan orang tua
Sebulan Bulan Sebelum Kahwin:-
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Mulai mengirim kad undangan bagi saudara jauh
Pastikan segala bayaran yang patut di buat telah dilangsaikan
Confirmkan dan pastikan barang hantaran, baju nikah/sanding/outdoor di sediakan
Dua & Tiga Minggu Sebelum:-
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:-
Semasa Di HARI PERKAHWINAN
Pastikan anda makan serta rehat yang cukup
Mandi dengan sebersihnya agar anda tampak segar dan tampil dengan lebih yakin..
Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
- Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapabdari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
- Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
- Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
- Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
- Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
- Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
- Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
- Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi Pengantin Lelaki:
- Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
- Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
- Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
- Membeli cincin kahwin.
- Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
- Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
- Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
- Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
- Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
- Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
- Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
- Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
- Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi Pengantin Lelaki:
- Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
- Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi Pengantin Perempuan:
- Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
- Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
- Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Tuliskan alamat pada kad undangan tetamu
Buatkan perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlangsung dalam suasana tenteram
Mengatur tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
Mengatur sesi pengambaran studio
Membeli hadiah kepada orang yang terlibat dan orang tua
Sebulan Bulan Sebelum Kahwin:-
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Mulai mengirim kad undangan bagi saudara jauh
Pastikan segala bayaran yang patut di buat telah dilangsaikan
Confirmkan dan pastikan barang hantaran, baju nikah/sanding/outdoor di sediakan
Dua & Tiga Minggu Sebelum:-
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
- Memberikan daftar foto kepada juru gambar
- Berikan tarikh sesi pengambaran kepada juru gamba
- Memilih muzik
- Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
- Mengirim undangan
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:-
- Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
- Hindarkan konflik. Tenangkan hati.
- Dapatkan perkhidmatan spa
- Istirehat yang cukup
Semasa Di HARI PERKAHWINAN
Pastikan anda makan serta rehat yang cukup
Mandi dengan sebersihnya agar anda tampak segar dan tampil dengan lebih yakin..
No comments:
Post a Comment