Showing posts with label Tip dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tip dan Petua. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Panduan Jimat Belanja-Keja Kawin

Bila nak kawin je.. mintak kite2 yang nak kawen ni isau pasal kos... kos ubah hantaranlah, kos pelamin la.. kos tu la kosmetik lah (hahha juz kidding). Di sini aku ader sediakan sedikit tips laa utk u'all di luar sana, bagaimana nak jimat belanje ketika kawin... haaa... aku pun baru jumpe pas aku kawen (hempes,lau tak mesti ley praktikan)..tapi tak mengape.... aku maseh ley share ilmu ni utk u'all sume..

SHARING IS CARING =D

PANDUAN JIMAT BELANJA 
  • Menyewa pakaian dan bukan membeli  
  • Meninjau adakah pakaian yang kita gemari boleh dibuat dalam belanja yang murah 
  • Jika ingin membeli pakaian, pastikan ia boleh digayakan di kemudian hari 
  • Buat majlis perkahwinan di rumah dan bukannya di Hotel 
  • Beli bunga pegang yang murah tapi cantik 
  • Meminta jasa baik rakan untuk menjadi pengacara majllis 
  • Minta jasa baik rakan untuk menjaga muzik 
  • Minta rakan yang mahir dalam bidang fotografi untuk mengambil gamba 
  • Tinjau harga yang paling murah untuk mendapatkan khidmat juru video 
  • Dapatkan tawaran harga pakej perkahwinan yang paling rendah 
  • Dapatkan harga pakej katering dengan meninjau harga yang di tawarkan oleh beberapa katering yang berbeza 
  • Jika ingin menggunakan khidmat juru solek, dapatkan harga pakej mereka 
  • Ilhamkan sendiri hantaran anda atau minta buah fikiran rakan terdekat dan keluarga dengan membuatnya beramai2. Ini menjimatkan ( Jika tidak, tinjau pengubah hntran yang menawarkan harga gubahan hantaran yang paling murah tetapi cantik) 
  • Beli barang hantaran sendiri daripada dibeli pasangan kerana ditakuti jika anda tidak menyukainya. Ini akan menggalakan amalan membazir......


 * psssttt....'Diharap tips ni membantu anda....'
 

Tips Persediaan Bagi Bakal Pengantin

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapabdari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
     
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
     
  3.  Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
     
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
     
  5. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
     
  6. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
     
  7.  Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
     
  8. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi Pengantin Lelaki:
  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
     
  2. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
     
  3. Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
     
  4. Membeli cincin kahwin.
     
  5. Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
     
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
     
  7. Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
     
  8. Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. 
  9. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  2.  
  3. Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
     
  4. Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
     
  5. Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi Pengantin Lelaki:
  1. Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
     
  2. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi Pengantin Perempuan:

  1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
     
  2. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
  3. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda
Dua Bulan Sebelum Kahwin:-

 Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:


Tuliskan alamat pada kad undangan tetamu
Buatkan perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlangsung dalam suasana tenteram
Mengatur tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
Mengatur sesi pengambaran studio
Membeli hadiah kepada orang yang terlibat dan orang tua

 Sebulan Bulan Sebelum Kahwin:-


 Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:


Mulai mengirim kad undangan bagi saudara jauh
Pastikan segala bayaran yang patut di buat telah dilangsaikan
Confirmkan dan pastikan barang hantaran, baju nikah/sanding/outdoor di sediakan

Dua & Tiga Minggu Sebelum:-

Bagi Pengantin Lelaki  & Perempuan:

  1. Memberikan daftar foto kepada juru gambar
  2. Berikan tarikh sesi pengambaran kepada juru gamba
  3. Memilih muzik
  4. Pastikan cincin dalam ukuran yang betul 
  5. Mengirim undangan
  6.  
Seminggu Sebelum:-

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:-

  1. Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
  2. Hindarkan konflik. Tenangkan hati.
  3. Dapatkan perkhidmatan spa
  4. Istirehat yang cukup

Semasa Di HARI PERKAHWINAN

Pastikan anda makan serta rehat yang cukup
Mandi dengan sebersihnya agar anda tampak segar dan tampil dengan lebih yakin..