Bila nak kawin je.. mintak kite2 yang nak kawen ni isau pasal kos... kos ubah hantaranlah, kos pelamin la.. kos tu la kosmetik lah (hahha juz kidding). Di sini aku ader sediakan sedikit tips laa utk u'all di luar sana, bagaimana nak jimat belanje ketika kawin... haaa... aku pun baru jumpe pas aku kawen (hempes,lau tak mesti ley praktikan)..tapi tak mengape.... aku maseh ley share ilmu ni utk u'all sume..
SHARING IS CARING =D
SHARING IS CARING =D
PANDUAN JIMAT BELANJA
- Menyewa pakaian dan bukan membeli
- Meninjau adakah pakaian yang kita gemari boleh dibuat dalam belanja yang murah
- Jika ingin membeli pakaian, pastikan ia boleh digayakan di kemudian hari
- Buat majlis perkahwinan di rumah dan bukannya di Hotel
- Beli bunga pegang yang murah tapi cantik
- Meminta jasa baik rakan untuk menjadi pengacara majllis
- Minta jasa baik rakan untuk menjaga muzik
- Minta rakan yang mahir dalam bidang fotografi untuk mengambil gamba
- Tinjau harga yang paling murah untuk mendapatkan khidmat juru video
- Dapatkan tawaran harga pakej perkahwinan yang paling rendah
- Dapatkan harga pakej katering dengan meninjau harga yang di tawarkan oleh beberapa katering yang berbeza
- Jika ingin menggunakan khidmat juru solek, dapatkan harga pakej mereka
- Ilhamkan sendiri hantaran anda atau minta buah fikiran rakan terdekat dan keluarga dengan membuatnya beramai2. Ini menjimatkan ( Jika tidak, tinjau pengubah hntran yang menawarkan harga gubahan hantaran yang paling murah tetapi cantik)
- Beli barang hantaran sendiri daripada dibeli pasangan kerana ditakuti jika anda tidak menyukainya. Ini akan menggalakan amalan membazir......
* psssttt....'Diharap tips ni membantu anda....'

















